BERJAYA GLASSWARE SDN BHD adalah sebuah syarikat 100% dimiliki bumiputera yang memenuhi undang–undang syarikat tahun 1965 dari January 1, 1998, bermulanya syarikat ini pada tahun 1980 yang bernama SYARIKAT BERJAYA SDN.BHD. sehingga 1998 tukarnya nama bagi mengkhusus bidang jualan yang giat dijalankan. Pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang perniagaan perkakasan rumah, restaurent, hotel dan sebagainya. Dengan pemilihan nama “BERJAYA” yang membawa maksud kejayaan seharusnya membawa kejayaan yang berlipat kali ganda kepada syarikat dan pemiliknya ke arah satu tahap yang paling tinggi.

Syarikat ini berdiri teguh dengan di jayakan oleh dua usahawan melayu iaitu En Haji Sheikh Mustafa Bin Sheikh Abdul Rahman dan Sharifah Zaiton Bte Salleh Salimen untuk memastikan kejayaan dimiliki, berdaya saing bersama pesaing yang lain, secara amnya pernigaan berbentuk jualan menerusi katalog yang diedarkan kepada stokis dan juga pengedar dengan tawaran barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan seterusnya menguntungkan kesemua pihak. Dengan harapan tinggi dan tidak mudah putus asa dan mengenal erti kegagalan, kedua usahawan ini meneruskan langkahnya secara stabil dan meningkatkan daya usaha dan memperbetulkan kesalahan dan dugaan yang datang dari masa ke semasa.

Syarikat ini juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil dan bukan peniaga untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan atau tetap dengan membuat jualan barangan keluaran syarikat kepada pembeli dengan tawaran harga, insentif dan hadiah yang menarik serta package perlancongan bagi mereka yang layak. Secara tidak langsung syarikat ini telah menarik minat para peniaga dan pengusaha menceburi bidang ini, dan melatih mereka sehingga mereka berjaya menjalankan perniagaan mereka secara sendiri. Ini juga dapat memenuhi hasrat perdana menteri malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk memajukan dan memperbesarkan kouta peniaga bumiputera yang hari ini kecil bilangannya.

Syarikat kini mempunyai secara 500 stokis diseluruh semenanjung malaysia yang menjalankan perniagaan secara dirumah atau pun di kedai, secara tidak langsung juga syarikat mempunyai lebih 10,000 ahli diseluruh semenanjung yang giat menjalankan aktiviti mengedar dan memasarkan produk syarikat kepada lebih 28.3 juta penduduk di  seluruh tanah air yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Syarikat mempunyai 5 lori untuk menyediakan khidmatan penghantaran secara cepat dan selamat pada setiap minggu ke semua zon mengikut jadual yang ditetapkan.

Dengan slogan "Kepuasan Anda Matlamat Kami" maka dapatkan kami bersaing memenuhi kehendak pelanggan dengan mendengar secara perihatin dan membuat kajian bagi memantapkan lagi produk serta perkhidmatan dari semasa ke semasa. Dengan tercapainya kepuasan pelanggan maka tercapai la matlamat kami sebagai pembekal barang keperluan perkakasan rumah, restaurent, hotel dan sebagainya dengan jayanya.